Pelakon Drama Kena Ragut
IPOH, 9 September – Pelakon terkenal, Watie Sadali, 32, diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa penggambaran drama di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Pengarah drama terbabit, Asri Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penjenayah disyaki menunggu mangsa yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, keluar dari keretanya yang diletak di bahu jalan.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi rakaman drama Nur Ar-Rahman terbitan RTM, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali lalu meragut beg tangan mangsa dan terus melarikan diri ke bawah jambatan.

“Bagaimana pun, kejadian itu telah disedari oleh seorang lelaki, yang juga seorang pelakon, Harlym Yeo, lalu terus mengejar suspek,” katanya ketika dihubungi sejurus selepas kejadian.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat menjelaskan lebih terperici kisah selanjutnya, sebaliknya menyeru agar orang ramai mengikuti sendiri rakaman babak ragut terbabit dalam drama Nur Ar-Rahman yang disiarkan di TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
0 Responses