Rahim Lee dalam Delima
Antara dua watak si jelita, siapa pilihan si jejaka?

Siti Khatijh terserlah kejelitaannya berlandaskan keagamaan.

Saerah terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan.

Rahim Lee yang terjerat untuk memilih antara satu? Atau dia akan rembat kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Atau pun, Rahim Lee akan membiarkan kedua-duanya bebas tanpa ikatan dan dia kembali kepada keluarga Lee nya?

SATU KEPUTUSAN yang membuatkan SatuMalaysia menanti-nanti untuk menonton di saluran TV2 pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
Tetamu Tanpa Diundang
Rahman didatangi seorang tua berbaju putih. Kedatangan orang tua misteri itu merupakan detik Rahman mengalami satu tranformasi. Apakah stranformasi itu ke arah positif atau menjurus kepada kesan negatif? Ataupun saat bermulanya episod baru dalam kehidupan Rahman?

Melalui teknik sinematografinya, barangkali ramai sudah dapat menjangkakan jawapannya. Apapun, ia tidak mutlak selagi anda tidak menontonnya sendiri di TV2, 18 September 2009, jam 12:30 tengah hari.
Pelakon Drama Kena Ragut
IPOH, 9 September – Pelakon terkenal, Watie Sadali, 32, diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa penggambaran drama di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Pengarah drama terbabit, Asri Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penjenayah disyaki menunggu mangsa yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, keluar dari keretanya yang diletak di bahu jalan.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi rakaman drama Nur Ar-Rahman terbitan RTM, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali lalu meragut beg tangan mangsa dan terus melarikan diri ke bawah jambatan.

“Bagaimana pun, kejadian itu telah disedari oleh seorang lelaki, yang juga seorang pelakon, Harlym Yeo, lalu terus mengejar suspek,” katanya ketika dihubungi sejurus selepas kejadian.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat menjelaskan lebih terperici kisah selanjutnya, sebaliknya menyeru agar orang ramai mengikuti sendiri rakaman babak ragut terbabit dalam drama Nur Ar-Rahman yang disiarkan di TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
Rahim Lee Hilang Pertimbangan
"Apa kau cakap? Kau tak boleh puasa? Orang miskin kat luar tu hari-hari tak makan. Mereka boleh berpuasa. Setiap hari mereka puasa, bodoh!"

Nada tinggi Rahim Lee memarahi Rahman sambil menghayunkan tangannya untuk menampar Rahman apabila didapatinya Rahman tidak berpuasa pada bulan Ramadan.

Akibat daripada tekanan dan pemberontakan dalaman, Rahim Lee hilang kawalan dan menggunakan pendekatan yang agresif dalam mendidik Rahman ke arah jalan yang benar.

Mampukah Rahim Lee menjinakkan Rahman yang sentiasa bersikap liar itu? Apakah hikmah di sebalik tregedi tersebut? Berjaya atau gagal matlamat Rahim Lee dalam membimbing Rahman?

Tunggu aksi ini di TV2, pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
Salah Faham? Cembura? Dendam?
Selaku pengarah drama, Asri Alias sedang memberi penerangan kepada para pelakon sebelum babak melawan dirakamkan. Watak stand-in Rahim Lee juga kelihatan sedang mengaksikan terajang gaya kupu-kupu kepada pengarah sebelum memulakan penggambaran yang sebenar.

Pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari di TV2 nanti, anda akan menyaksikan Rahim Lee yang menjadi ala-hero Jet Lee menentang musuh menewaskan lawannya.

Tetapi dalam babak ini, dapatkah Rahim Lee seorang diri menandingi tiga orang musuh yang bukan calang-calang lawan? Atau mungkinkah akan muncul seorang penyelemat lain? Apakah puncanya yang menyebabkan senario ini tercetus?
Salah faham? Cembura? Dendam?

Semuanya akan terjawab bila anda menonton siarnnya kelak!
Rahim Bercinta dengan Siti?
Kelihatan Rahim Lee dan Siti Khatijah sedang berborak di depan pintu masjid selepas masing-masing menunaikan solat. Adakah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta? Atau perjumpaan itu secara kebetulan sahaja?

Info Sisipan:
Lelaki yang berjalan paling hadapan dalam gambar besar itu bukan calang-calang extra. Beliau ialah pengarah drama, Asri Alias yang sekali sekala akan turut muncul dalam babak tertentu dalam drama Nur Ar-Rahman.

Berapa kali Asri akan muncul dalam drama arahan beliau ini? Nanti anda boleh kira sendiri bila drama ini ditayangkan di TV2, pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari. Tekaan yang tepat akan dapat memenangi hadiah tiket kapal terbang ke Dubai termasuk kos tempat tinggal dengan perbelanjaan sendiri.
Penuh Pancaroba

Kehidupan Rahman penuh pancaroba.

Ketandusan kasih sayang keluarga. Kekusutan jalinan kekeluargaan. Tiada bimbingan agama. Pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.

Apakah gaya hidup Rahman akan berubah selepas ditakdirkan pertemuannya dengan Rahim Lee? Atau adakah Rahman hanya berlakon baik di hadapan Rahim Lee tetapi kembali kepada sifat asalnya apabila di belakang Rahim Lee?

Sama-sama kita tontoni TV2 pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari untuk jawapannya.
Mangsa Keadaan - Rahman atau Saerah?
Rahman menjadi mangsa keadaan akibat daripada kengkangan hidup. Dia terjebak dengan aktiviti meragut. Mangsa peragut ialah Saerah yang diragut tas tangannya. Brother-brother bertubuh sasa yang berhati mulia menghulurkan bantuan dengan mengejar Rahman untuk mendapat kembali tas tangan yang diragut Rahman.

Adakah Rahman akan terbolos atau mungkinkah beliau akan dibelasah jika berjaya ditangkap? Siapakah sebenarnya yang menjadi mangsa dalam insiden ini, Rahman atau Saerah?

Sebelum menyaksikan siarannya di TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari, silalah kunjungi klik video rakaman daripada salah seorang tenaga krew pada hari itu melalui pautan di sini.

Adegan ini dirakam di sekitar Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Allah Bersifat Rahman dan Rahim
"Berdoa pada Allah. Dia saja yang boleh menolong. Mohon pada Allah saya selamat melawan musuh-musuh itu."

Allah yang Maha Esa menemukan Rahim Lee dengan Saerah dalam suasana yang tegang. Tetapi insiden ini telah memberi kesan mendalam pada Saerah terhadap Rahim Lee.

Dalam diam-diam, jasa Rahim Lee dibalas dengan bait-bait kasih sayang yang dipendam oleh Saerah. Adakah Saerah bertepuk sebelah tangan? Atau adakah Rahim Lee akan tergugat dengan keayuan Searah selepas insiden ini?

Untuk mengetahui selebihnya, tontoni siarannya di TV2 pada 18 September 2009, jam 12:30 tengah hari.
Hikmah Puasa
Berikut adalah sedutan dialog dalam kelas agama antara Rahim Lee dan Siti Khatijah Wong.

USTAZ: Siapa yang tahu... tolong bagi tahu hikmah puasa.


RAHIM: Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan ikhlas dan mengharap keampunannya, Allah akan ampun dosa-dosanya yang sudah.


SITI: Puasa melatih seseorang itu Muqarabbin iaitu mendekatkan diri dengan Allah. Kita akan merasakan diri kita hamba Allah yang
lemah di sisiNya.


RAHIM:
Puasa dapat memperkuatkan penglihatan Matahati iaitu Basirah. InsyaAllah kita tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.


Ustaz bangga dengan nilai dan roh Islam yang tebal di dalam setiap mualaf didikannya. Manakala Siti Khatijah amat terpesona dengan kepetahan Rahim Lee dalam bab berhujah. Adakah Rahim Lee turut dapat merasai perasaan Siti Khatijah terhadapnya? Apa reaksinya kelak?

Ikuti perkembangan selanjutnya di TV2, 18 Septemeber 2009, 12:30 tengah hari.
Rahman Terlanjur
"Terlanjur perahu boleh ditarik, terlanjur kata buruk padahnya. Terbalik mata belum tentu mati, terbalik lidah memakan diri."

Moral daripada kata-kata pujangga ini ialah kita harus memelihara tingkah laku tutur kata kita kerana jika tersilap langkah, padahnya akan terkena diri sendri.

Sehubungan itu, apa yang terjadi pada Rahman yang masih muda dalam leliku kehidupan ini, apabila dia terlanjur lingkah laku yang mengakibatkan kematian rakannya, telah mencorakkan perjalanan hidupnya yang lebih dahsyat lagi! Lebih kucar-kacir lagi. Penuh warna-warni yang harus dijauhi.

Kekusutan hubungan keluarga Rahman yang penuh skandal dan ketadusan kasih sayang kedua orang tua dikatakan punca Rahman menjadi liar. Apa pula kesudahan nasib Rahman setelah diketemukan dengan Rahim Lee yang berusaha membimbingnya ke jalan yang lurus berasaskan agama Islam?

Tiada jawapan di sini... kerana TV2, 12:30 tengah hari, 18 September 2009 akan merungkaikan segala kemusykilan.
Niat Puasa
Rahim Lee (kiri) sedang membimbing Rahman (kanan) tentang agama Islam. Antara yang dipelajari Rahman ialah niat puasa.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala.

Memek muka Rahman menunjukkan sejauh mana dia berminat dalam bab agama. Tetapi apa kesudahannya nanti setelah Rahim Lee memberi tunjuk ajar dengan kesungguhan, keikhlasan dan penuh kesabaran kepada Rahman yang cetek agama ini? Segalanya akan terjawab pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari di TV2.
Lirik Dalam Kalimahmu - Nyanyian Ustaz Asri Ibrahim
Bismillahirahmanirahim….

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Ya Rabbanna…
Ya Rabbi…
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pencipta sekalian alam
Ya Tuhanku…

Ya Rabbi…
Ya Tuhan kami
Engkaulah yang disembah
Tunjukkan jalan yang lurus
Jalan yang diredhai

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Tuhan kami…
Sujudku pada Mu ya Rabbi…

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Beriman pada Mu yang Satu
Pedoman dunia dan akhirat
Sabda Rasul serta Kalamullah
Penunjuk jalan syurga firdausi

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Beriman pada Mu yang Satu
Pedoman dunia dan akhirat
Sabda Rasul serta Kalamullah
Penunjuk jalan syurga firdausi

Allah... Allah... Allah.. huakhbar... 2X

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Dalam kalimah Mu
Ya Allah…

Penyanyi : Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)
Lagu : Rosli Selasih
Lirik : Dhia Nur Qaseh

Selamat Menyambut Ramadhan
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdoa ialah Malaikat dan yang mengaminkan ialah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina dan dapat berpuasa sebulan dan beramal soleh sepanjang bulan mulia nanti. Tapi jangan lupa niat dan perbanyakkan berdoa, semoga segala amalan kita diterima Allah SWT, dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati dan rahmati, InsyaAllah.
Lagu Tema - Dalam Kalimahmu Nyanyian Ustaz Asri RABBANI


Dalam Kalimahmu dendangan USTAZ ASRI IBRAHIM - RABBANI - Nasyid ini dirakamkan buat kali terakhirnya oleh Ustaz Asri dan akan dimasukkan ke dalam album terbaru beliau. Lagu ini juga dijadikan OST telemovie sempena Ramadhan ini yang berjudul Nur Ar-Rahman. Telemovie RTM ini dijadualkan akan ditayangkan melalui TV2 pada 18 September 2009, 3 petang.

Manakala rakaman di sebalik tabir (the making of...) akan menjumpai penonton pada 12 tengah malam, 14 September 2009.
Siapa yang Jayakan Nur Ar-Rahman?
Sinopsis Drama Nur Ar-Rahman
Tagline

Rahman yang sesat mencari arah tujuan hidup bangkit setelah bertemu Rahim Lee.




Sinopsis


Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Rahim Lee pula menghadapi dilemma dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya.


"Sahaja aku berpuasa pada esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

"Bismillahirahmannirahim"

Penggambaran Drama Nur Ar-Rahman
Sebagai pengarah, Asri Alias (kiri berbaju putih) sedang memberi penjelasan kepada para pelakon ketika penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Nur Ar-Rahman ialah sebuah drama terbitan Unit Drama TV, RTM yang digarap oleh gabungan tenaga pakar iaitu Kamal Ishak sebagai penulis skrip dan Asri Alias sebagai pengarah dan penerbit.

Penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak pada 9 hingga 26 April 2009. Ketika entri ini ditulis, penggambaran sedang dijalankan di Bukit Merah Laketown, Taping , Perak.

Sebelum ini, penggambaran telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur berhampiran Grand Season Hotel, Bangunan Hock Ann, Chow Kit dan Pasar Sentul selama dua hari. Setakat ini penggambaran berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semua ahli pasukan produksi dan para pelakon memberi komitmen yang cemerlang ketika penggambaran meskipun khabarnya mereka terpaksa mengcengkang mata hingga 6 pagi bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.