Siapa yang Jayakan Nur Ar-Rahman?
Sinopsis Drama Nur Ar-Rahman
Tagline

Rahman yang sesat mencari arah tujuan hidup bangkit setelah bertemu Rahim Lee.




Sinopsis


Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Rahim Lee pula menghadapi dilemma dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya.


"Sahaja aku berpuasa pada esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

"Bismillahirahmannirahim"

Penggambaran Drama Nur Ar-Rahman
Sebagai pengarah, Asri Alias (kiri berbaju putih) sedang memberi penjelasan kepada para pelakon ketika penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Nur Ar-Rahman ialah sebuah drama terbitan Unit Drama TV, RTM yang digarap oleh gabungan tenaga pakar iaitu Kamal Ishak sebagai penulis skrip dan Asri Alias sebagai pengarah dan penerbit.

Penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak pada 9 hingga 26 April 2009. Ketika entri ini ditulis, penggambaran sedang dijalankan di Bukit Merah Laketown, Taping , Perak.

Sebelum ini, penggambaran telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur berhampiran Grand Season Hotel, Bangunan Hock Ann, Chow Kit dan Pasar Sentul selama dua hari. Setakat ini penggambaran berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semua ahli pasukan produksi dan para pelakon memberi komitmen yang cemerlang ketika penggambaran meskipun khabarnya mereka terpaksa mengcengkang mata hingga 6 pagi bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.