
Antara dua watak si jelita, siapa pilihan si jejaka?
Siti Khatijh terserlah kejelitaannya berlandaskan keagamaan.
Saerah terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan.
Rahim Lee yang terjerat untuk memilih antara satu? Atau dia akan rembat kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Atau pun,
Rahim Lee akan membiarkan kedua-duanya bebas tanpa ikatan dan dia kembali kepada keluarga Lee nya?
SATU KEPUTUSAN yang membuatkan
SatuMalaysia menanti-nanti untuk menonton di saluran
TV2 pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari.
Rahman didatangi seorang tua berbaju putih. Kedatangan orang tua misteri itu merupakan detik
Rahman mengalami satu tranformasi. Apakah stranformasi itu ke arah positif atau menjurus kepada kesan negatif? Ataupun saat bermulanya episod baru dalam kehidupan
Rahman?
Melalui teknik sinematografinya, barangkali ramai sudah dapat menjangkakan jawapannya. Apapun, ia tidak mutlak selagi anda tidak menontonnya sendiri di
TV2, 18 September 2009, jam
12:30 tengah hari.

IPOH, 9 September – Pelakon terkenal,
Watie Sadali, 32, diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa penggambaran drama di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Pengarah drama terbabit,
Asri Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penjenayah disyaki menunggu mangsa yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, keluar dari keretanya yang diletak di bahu jalan.
“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi rakaman drama
Nur Ar-Rahman terbitan RTM, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali lalu meragut beg tangan mangsa dan terus melarikan diri ke bawah jambatan.
“Bagaimana pun, kejadian itu telah disedari oleh seorang lelaki, yang juga seorang pelakon,
Harlym Yeo, lalu terus mengejar suspek,” katanya ketika dihubungi sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat menjelaskan lebih terperici kisah selanjutnya, sebaliknya menyeru agar orang ramai mengikuti sendiri rakaman babak ragut terbabit dalam drama
Nur Ar-Rahman yang disiarkan di
TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
"Apa kau cakap? Kau tak boleh puasa? Orang miskin kat luar tu hari-hari tak makan. Mereka boleh berpuasa. Setiap hari mereka puasa, bodoh!" Nada tinggi
Rahim Lee memarahi
Rahman sambil menghayunkan tangannya untuk menampar Rahman apabila didapatinya Rahman tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Akibat daripada tekanan dan pemberontakan dalaman, Rahim Lee hilang kawalan dan menggunakan pendekatan yang agresif dalam mendidik Rahman ke arah jalan yang benar.
Mampukah Rahim Lee menjinakkan Rahman yang sentiasa bersikap liar itu? Apakah hikmah di sebalik tregedi tersebut? Berjaya atau gagal matlamat Rahim Lee dalam membimbing Rahman?Tunggu aksi ini di
TV2, pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari.

Selaku pengarah drama,
Asri Alias sedang memberi penerangan kepada para pelakon sebelum babak melawan dirakamkan. Watak
stand-in Rahim Lee juga kelihatan sedang mengaksikan terajang gaya kupu-kupu kepada pengarah sebelum memulakan penggambaran yang sebenar.

Pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari di
TV2 nanti, anda akan menyaksikan
Rahim Lee yang menjadi ala-hero Jet Lee menentang musuh menewaskan lawannya.
Tetapi dalam babak ini, dapatkah Rahim Lee seorang diri menandingi tiga orang musuh yang bukan calang-calang lawan? Atau mungkinkah akan muncul seorang penyelemat lain? Apakah puncanya yang menyebabkan senario ini tercetus? Salah faham? Cembura? Dendam? Semuanya akan terjawab bila anda menonton siarnnya kelak!

Kelihatan
Rahim Lee dan
Siti Khatijah sedang berborak di depan pintu masjid selepas masing-masing menunaikan solat. Adakah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta? Atau perjumpaan itu secara kebetulan sahaja?
Info Sisipan:Lelaki yang berjalan paling hadapan dalam gambar besar itu bukan calang-calang
extra. Beliau ialah pengarah drama,
Asri Alias yang sekali sekala akan turut muncul dalam babak tertentu dalam drama
Nur Ar-Rahman. Berapa kali Asri akan muncul dalam drama arahan beliau ini? Nanti anda boleh kira sendiri bila drama ini ditayangkan di
TV2, pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari. Tekaan yang tepat akan dapat memenangi hadiah tiket kapal terbang ke Dubai termasuk kos tempat tinggal dengan perbelanjaan sendiri.

Kehidupan Rahman penuh pancaroba.
Ketandusan kasih sayang keluarga. Kekusutan jalinan kekeluargaan. Tiada bimbingan agama. Pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.
Apakah gaya hidup Rahman akan berubah selepas ditakdirkan pertemuannya dengan Rahim Lee? Atau adakah Rahman hanya berlakon baik di hadapan Rahim Lee tetapi kembali kepada sifat asalnya apabila di belakang Rahim Lee?Sama-sama kita tontoni
TV2 pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari untuk jawapannya.