Mangsa Keadaan - Rahman atau Saerah?
Rahman menjadi mangsa keadaan akibat daripada kengkangan hidup. Dia terjebak dengan aktiviti meragut. Mangsa peragut ialah Saerah yang diragut tas tangannya. Brother-brother bertubuh sasa yang berhati mulia menghulurkan bantuan dengan mengejar Rahman untuk mendapat kembali tas tangan yang diragut Rahman.

Adakah Rahman akan terbolos atau mungkinkah beliau akan dibelasah jika berjaya ditangkap? Siapakah sebenarnya yang menjadi mangsa dalam insiden ini, Rahman atau Saerah?

Sebelum menyaksikan siarannya di TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari, silalah kunjungi klik video rakaman daripada salah seorang tenaga krew pada hari itu melalui pautan di sini.

Adegan ini dirakam di sekitar Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
Allah Bersifat Rahman dan Rahim
"Berdoa pada Allah. Dia saja yang boleh menolong. Mohon pada Allah saya selamat melawan musuh-musuh itu."

Allah yang Maha Esa menemukan Rahim Lee dengan Saerah dalam suasana yang tegang. Tetapi insiden ini telah memberi kesan mendalam pada Saerah terhadap Rahim Lee.

Dalam diam-diam, jasa Rahim Lee dibalas dengan bait-bait kasih sayang yang dipendam oleh Saerah. Adakah Saerah bertepuk sebelah tangan? Atau adakah Rahim Lee akan tergugat dengan keayuan Searah selepas insiden ini?

Untuk mengetahui selebihnya, tontoni siarannya di TV2 pada 18 September 2009, jam 12:30 tengah hari.
Hikmah Puasa
Berikut adalah sedutan dialog dalam kelas agama antara Rahim Lee dan Siti Khatijah Wong.

USTAZ: Siapa yang tahu... tolong bagi tahu hikmah puasa.


RAHIM: Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan ikhlas dan mengharap keampunannya, Allah akan ampun dosa-dosanya yang sudah.


SITI: Puasa melatih seseorang itu Muqarabbin iaitu mendekatkan diri dengan Allah. Kita akan merasakan diri kita hamba Allah yang
lemah di sisiNya.


RAHIM:
Puasa dapat memperkuatkan penglihatan Matahati iaitu Basirah. InsyaAllah kita tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.


Ustaz bangga dengan nilai dan roh Islam yang tebal di dalam setiap mualaf didikannya. Manakala Siti Khatijah amat terpesona dengan kepetahan Rahim Lee dalam bab berhujah. Adakah Rahim Lee turut dapat merasai perasaan Siti Khatijah terhadapnya? Apa reaksinya kelak?

Ikuti perkembangan selanjutnya di TV2, 18 Septemeber 2009, 12:30 tengah hari.
Rahman Terlanjur
"Terlanjur perahu boleh ditarik, terlanjur kata buruk padahnya. Terbalik mata belum tentu mati, terbalik lidah memakan diri."

Moral daripada kata-kata pujangga ini ialah kita harus memelihara tingkah laku tutur kata kita kerana jika tersilap langkah, padahnya akan terkena diri sendri.

Sehubungan itu, apa yang terjadi pada Rahman yang masih muda dalam leliku kehidupan ini, apabila dia terlanjur lingkah laku yang mengakibatkan kematian rakannya, telah mencorakkan perjalanan hidupnya yang lebih dahsyat lagi! Lebih kucar-kacir lagi. Penuh warna-warni yang harus dijauhi.

Kekusutan hubungan keluarga Rahman yang penuh skandal dan ketadusan kasih sayang kedua orang tua dikatakan punca Rahman menjadi liar. Apa pula kesudahan nasib Rahman setelah diketemukan dengan Rahim Lee yang berusaha membimbingnya ke jalan yang lurus berasaskan agama Islam?

Tiada jawapan di sini... kerana TV2, 12:30 tengah hari, 18 September 2009 akan merungkaikan segala kemusykilan.
Niat Puasa
Rahim Lee (kiri) sedang membimbing Rahman (kanan) tentang agama Islam. Antara yang dipelajari Rahman ialah niat puasa.

“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala.

Memek muka Rahman menunjukkan sejauh mana dia berminat dalam bab agama. Tetapi apa kesudahannya nanti setelah Rahim Lee memberi tunjuk ajar dengan kesungguhan, keikhlasan dan penuh kesabaran kepada Rahman yang cetek agama ini? Segalanya akan terjawab pada 18 September 2009, 12:30 tengah hari di TV2.
Lirik Dalam Kalimahmu - Nyanyian Ustaz Asri Ibrahim
Bismillahirahmanirahim….

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Ya Rabbanna…
Ya Rabbi…
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pencipta sekalian alam
Ya Tuhanku…

Ya Rabbi…
Ya Tuhan kami
Engkaulah yang disembah
Tunjukkan jalan yang lurus
Jalan yang diredhai

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Ya Tuhan kami…
Sujudku pada Mu ya Rabbi…

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Beriman pada Mu yang Satu
Pedoman dunia dan akhirat
Sabda Rasul serta Kalamullah
Penunjuk jalan syurga firdausi

Allah... Allah... Allah... huakhbar... 2X

Beriman pada Mu yang Satu
Pedoman dunia dan akhirat
Sabda Rasul serta Kalamullah
Penunjuk jalan syurga firdausi

Allah... Allah... Allah.. huakhbar... 2X

Ya Rahman…
Ya Rahim…
Dalam kalimah Mu
Ya Allah…

Penyanyi : Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani)
Lagu : Rosli Selasih
Lirik : Dhia Nur Qaseh

Selamat Menyambut Ramadhan
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan

Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut :

  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan yang berdoa ialah Malaikat dan yang mengaminkan ialah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina dan dapat berpuasa sebulan dan beramal soleh sepanjang bulan mulia nanti. Tapi jangan lupa niat dan perbanyakkan berdoa, semoga segala amalan kita diterima Allah SWT, dan diampunkan segala dosa, ditetapkan iman, disucikan hati dan rahmati, InsyaAllah.
Lagu Tema - Dalam Kalimahmu Nyanyian Ustaz Asri RABBANI


Dalam Kalimahmu dendangan USTAZ ASRI IBRAHIM - RABBANI - Nasyid ini dirakamkan buat kali terakhirnya oleh Ustaz Asri dan akan dimasukkan ke dalam album terbaru beliau. Lagu ini juga dijadikan OST telemovie sempena Ramadhan ini yang berjudul Nur Ar-Rahman. Telemovie RTM ini dijadualkan akan ditayangkan melalui TV2 pada 18 September 2009, 3 petang.

Manakala rakaman di sebalik tabir (the making of...) akan menjumpai penonton pada 12 tengah malam, 14 September 2009.