
Antara dua watak si jelita, siapa pilihan si jejaka?
Siti Khatijh terserlah kejelitaannya berlandaskan keagamaan.
Saerah terpancar keayuannya bercirikan kesantunan dalam kemodenan.
Rahim Lee yang terjerat untuk memilih antara satu? Atau dia akan rembat kedua-duanya sekali kerana Islam menghalalkan empat selagi mampu asalkan berlaku adil? Atau pun,
Rahim Lee akan membiarkan kedua-duanya bebas tanpa ikatan dan dia kembali kepada keluarga Lee nya?
SATU KEPUTUSAN yang membuatkan
SatuMalaysia menanti-nanti untuk menonton di saluran
TV2 pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari.
Rahman didatangi seorang tua berbaju putih. Kedatangan orang tua misteri itu merupakan detik
Rahman mengalami satu tranformasi. Apakah stranformasi itu ke arah positif atau menjurus kepada kesan negatif? Ataupun saat bermulanya episod baru dalam kehidupan
Rahman?
Melalui teknik sinematografinya, barangkali ramai sudah dapat menjangkakan jawapannya. Apapun, ia tidak mutlak selagi anda tidak menontonnya sendiri di
TV2, 18 September 2009, jam
12:30 tengah hari.

IPOH, 9 September – Pelakon terkenal,
Watie Sadali, 32, diragut oleh seorang lelaki yang tidak dikenali semasa penggambaran drama di Ipoh, Perak, baru-baru ini.
Pengarah drama terbabit,
Asri Alias berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, penjenayah disyaki menunggu mangsa yang juga bekas penyanyi kumpulan Elite, keluar dari keretanya yang diletak di bahu jalan.
“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani sesi rakaman drama
Nur Ar-Rahman terbitan RTM, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak dikenali lalu meragut beg tangan mangsa dan terus melarikan diri ke bawah jambatan.
“Bagaimana pun, kejadian itu telah disedari oleh seorang lelaki, yang juga seorang pelakon,
Harlym Yeo, lalu terus mengejar suspek,” katanya ketika dihubungi sejurus selepas kejadian.
Bagaimanapun katanya, beliau tidak dapat menjelaskan lebih terperici kisah selanjutnya, sebaliknya menyeru agar orang ramai mengikuti sendiri rakaman babak ragut terbabit dalam drama
Nur Ar-Rahman yang disiarkan di
TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari.
"Apa kau cakap? Kau tak boleh puasa? Orang miskin kat luar tu hari-hari tak makan. Mereka boleh berpuasa. Setiap hari mereka puasa, bodoh!" Nada tinggi
Rahim Lee memarahi
Rahman sambil menghayunkan tangannya untuk menampar Rahman apabila didapatinya Rahman tidak berpuasa pada bulan Ramadan.
Akibat daripada tekanan dan pemberontakan dalaman, Rahim Lee hilang kawalan dan menggunakan pendekatan yang agresif dalam mendidik Rahman ke arah jalan yang benar.
Mampukah Rahim Lee menjinakkan Rahman yang sentiasa bersikap liar itu? Apakah hikmah di sebalik tregedi tersebut? Berjaya atau gagal matlamat Rahim Lee dalam membimbing Rahman?Tunggu aksi ini di
TV2, pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari.

Selaku pengarah drama,
Asri Alias sedang memberi penerangan kepada para pelakon sebelum babak melawan dirakamkan. Watak
stand-in Rahim Lee juga kelihatan sedang mengaksikan terajang gaya kupu-kupu kepada pengarah sebelum memulakan penggambaran yang sebenar.

Pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari di
TV2 nanti, anda akan menyaksikan
Rahim Lee yang menjadi ala-hero Jet Lee menentang musuh menewaskan lawannya.
Tetapi dalam babak ini, dapatkah Rahim Lee seorang diri menandingi tiga orang musuh yang bukan calang-calang lawan? Atau mungkinkah akan muncul seorang penyelemat lain? Apakah puncanya yang menyebabkan senario ini tercetus? Salah faham? Cembura? Dendam? Semuanya akan terjawab bila anda menonton siarnnya kelak!

Kelihatan
Rahim Lee dan
Siti Khatijah sedang berborak di depan pintu masjid selepas masing-masing menunaikan solat. Adakah mereka sedang menjalinkan hubungan cinta? Atau perjumpaan itu secara kebetulan sahaja?
Info Sisipan:Lelaki yang berjalan paling hadapan dalam gambar besar itu bukan calang-calang
extra. Beliau ialah pengarah drama,
Asri Alias yang sekali sekala akan turut muncul dalam babak tertentu dalam drama
Nur Ar-Rahman. Berapa kali Asri akan muncul dalam drama arahan beliau ini? Nanti anda boleh kira sendiri bila drama ini ditayangkan di
TV2, pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari. Tekaan yang tepat akan dapat memenangi hadiah tiket kapal terbang ke Dubai termasuk kos tempat tinggal dengan perbelanjaan sendiri.

Kehidupan Rahman penuh pancaroba.
Ketandusan kasih sayang keluarga. Kekusutan jalinan kekeluargaan. Tiada bimbingan agama. Pergaulan bebas dengan rakan di kalangan mereka yang jahat. Pergaduhan dan persengketaan sudah sebati dalam diri Rahman.
Apakah gaya hidup Rahman akan berubah selepas ditakdirkan pertemuannya dengan Rahim Lee? Atau adakah Rahman hanya berlakon baik di hadapan Rahim Lee tetapi kembali kepada sifat asalnya apabila di belakang Rahim Lee?Sama-sama kita tontoni
TV2 pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari untuk jawapannya.

Rahman menjadi mangsa keadaan akibat daripada kengkangan hidup. Dia terjebak dengan aktiviti meragut. Mangsa peragut ialah Saerah yang diragut tas tangannya.
Brother-brother bertubuh sasa yang berhati mulia menghulurkan bantuan dengan mengejar Rahman untuk mendapat kembali tas tangan yang diragut Rahman.
Adakah Rahman akan terbolos atau mungkinkah beliau akan dibelasah jika berjaya ditangkap? Siapakah sebenarnya yang menjadi mangsa dalam insiden ini, Rahman atau Saerah?Sebelum menyaksikan siarannya di
TV2, 18 September 2009, 12:30 tengah hari, silalah kunjungi klik video rakaman daripada salah seorang tenaga krew pada hari itu melalui pautan
di sini.Adegan ini dirakam di sekitar Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
"Berdoa pada Allah. Dia saja yang boleh menolong. Mohon pada Allah saya selamat melawan musuh-musuh itu." Allah yang Maha Esa menemukan
Rahim Lee dengan
Saerah dalam suasana yang tegang. Tetapi insiden ini telah memberi kesan mendalam pada Saerah terhadap Rahim Lee.
Dalam diam-diam, jasa Rahim Lee dibalas dengan bait-bait kasih sayang yang dipendam oleh Saerah. Adakah Saerah bertepuk sebelah tangan? Atau adakah Rahim Lee akan tergugat dengan keayuan Searah selepas insiden ini?
Untuk mengetahui selebihnya, tontoni siarannya di
TV2 pada
18 September 2009, jam
12:30 tengah hari.
Berikut adalah sedutan dialog dalam kelas agama antara
Rahim Lee dan
Siti Khatijah Wong. USTAZ: Siapa yang tahu... tolong bagi tahu hikmah puasa. RAHIM: Orang yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan ikhlas dan mengharap keampunannya, Allah akan ampun dosa-dosanya yang sudah. SITI: Puasa melatih seseorang itu Muqarabbin iaitu mendekatkan diri dengan Allah. Kita akan merasakan diri kita hamba Allah yang lemah di sisiNya.
RAHIM: Puasa dapat memperkuatkan penglihatan Matahati iaitu Basirah. InsyaAllah kita tidak jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.Ustaz bangga dengan nilai dan roh Islam yang tebal di dalam setiap mualaf didikannya. Manakala Siti Khatijah amat terpesona dengan kepetahan Rahim Lee dalam bab berhujah. Adakah Rahim Lee turut dapat merasai perasaan Siti Khatijah terhadapnya? Apa reaksinya kelak?
Ikuti perkembangan selanjutnya di
TV2, 18 Septemeber 2009, 12:30 tengah hari.
"Terlanjur perahu boleh ditarik, terlanjur kata buruk padahnya. Terbalik mata belum tentu mati, terbalik lidah memakan diri."Moral daripada kata-kata pujangga ini ialah kita harus memelihara tingkah laku tutur kata kita kerana jika tersilap langkah, padahnya akan terkena diri sendri.
Sehubungan itu, apa yang terjadi pada Rahman yang masih muda dalam leliku kehidupan ini, apabila dia terlanjur lingkah laku yang mengakibatkan kematian rakannya, telah mencorakkan perjalanan hidupnya yang lebih dahsyat lagi! Lebih kucar-kacir lagi. Penuh warna-warni yang harus dijauhi.
Kekusutan hubungan keluarga Rahman yang penuh skandal dan ketadusan kasih sayang kedua orang tua dikatakan punca Rahman menjadi liar. Apa pula kesudahan nasib Rahman setelah diketemukan dengan Rahim Lee yang berusaha membimbingnya ke jalan yang lurus berasaskan agama Islam?
Tiada jawapan di sini... kerana
TV2, 12:30 tengah hari, 18 September 2009 akan merungkaikan segala kemusykilan.
Rahim Lee (kiri) sedang membimbing
Rahman (kanan) tentang agama Islam. Antara yang dipelajari Rahman ialah niat puasa.
“Sengaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”Nawaitu sauma ghodin an’adae fardisyahri romadhona hzizhi sanati lillahhi ta’ala. Memek muka Rahman menunjukkan sejauh mana dia berminat dalam bab agama. Tetapi apa kesudahannya nanti setelah Rahim Lee memberi tunjuk ajar dengan kesungguhan, keikhlasan dan penuh kesabaran kepada Rahman yang cetek agama ini? Segalanya akan terjawab pada
18 September 2009, 12:30 tengah hari di
TV2.
Tagline Rahman yang sesat mencari arah tujuan hidup bangkit setelah bertemu Rahim Lee.

Sinopsis
Rahman yang terlibat dalam pergaduhan tertikam Kamal, melarikan diri sehingga bertemu dengan Rahim Lee. Rahim Lee seorang saudara baru Muslim atau Mualaf mengambil Rahman untuk tinggal bersama-samanya. Namun, Rahim amat kecewa dengan Rahman yang tidak insaf dan kembali dengan kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Rahim Lee pula menghadapi dilemma dalam memilih Siti Khatijah (saudara baru Muslim) dan Saerah yang menaruh hati terhadapnya.
"Sahaja aku berpuasa pada esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Ta'ala"
"Bismillahirahmannirahim"
Sebagai pengarah, Asri Alias (kiri berbaju putih) sedang memberi penjelasan kepada para pelakon ketika penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.Nur Ar-Rahman ialah sebuah drama terbitan Unit Drama TV, RTM yang digarap oleh gabungan tenaga pakar iaitu Kamal Ishak sebagai penulis skrip dan Asri Alias sebagai pengarah dan penerbit.
Penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan Perak pada 9 hingga 26 April 2009. Ketika entri ini ditulis, penggambaran sedang dijalankan di Bukit Merah Laketown, Taping , Perak.
Sebelum ini, penggambaran telah diadakan di sekitar Kuala Lumpur berhampiran Grand Season Hotel, Bangunan Hock Ann, Chow Kit dan Pasar Sentul selama dua hari. Setakat ini penggambaran berjalan lancar seperti yang direncanakan. Semua ahli pasukan produksi dan para pelakon memberi komitmen yang cemerlang ketika penggambaran meskipun khabarnya mereka terpaksa mengcengkang mata hingga 6 pagi bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.